Dasyat.

Duduk minum dekat mamak tadi, terdengar pakcik pakcik meja sebelah berbual.

“Dasyat DS Najib Razak ya. Pergi mana mana masuk kampung masuk pekan, sambutan orang macam dia masih PM.”

Kawan dia jawab,

“Setakat kempen masuk kampung, pekan apa lah sangat. TS Muhyiddin Yassin lagi dasat. Kempen sampai masuk kandang harimau. DS Najib berani? Boleh orang BN buat macam dia?”

“Bila pulak dia masuk kandang rimau berkempen? Gila ke?”

“Eh, yang orang kata dia masuk tengok Tiger Show tu apa? Bukan kandang rimau ke?”

Menyembur teh tarik halia saya dengar. Jilake.